Sunday 6 January 2013

a y a h

masa kecil dulu..setiap kali ayah pulang,aku bersorak gembira di depan muka pintu..mesti ada sesuatu yang ayah bawa pulang..masa kecil dulu..hujung minggu ayah ketipkan kuku..duduk dihalaman rumah bersihkan telinga..masa kecil dulu..pernah aku mengamuk..merengek dan menangis.entah kenapa.mungkin cemburu dengan kejayaan abangku.aku salahkan diriku kenapa umur 6 tahun masih belum pandai membaca.aku terasa diriku bodoh.mak dan ayah sayang abang lebih.setiap tahun dapat anugerah pelajar terbaik.aku cemburu.sangat cemburu.tidak sengaja aku lontarkan sesuatu.terkena almari kaca ayah.pecah.habis piala-piala abang berselerakkan.mak diam melihat kerenah ku.tak faham.mungkin aku masih budak.tak pandai meluahkan apa yang aku rasa..ayah balik, aku berlari duduk di satu sudut.ayah susun piala-piala abang.ada yang patah.ayah gamkan.ayah tak marah pun.abang pun tak marah.mungkin banyak sangat piala.dia tak kisah kot.he.ayah..masa kecil dulu..kalau aku tertidur depan tv.ayah la yang angkatkan..kadang-kadang berpakat dengan aruah adik pura-pura tidur.ayah akan angkat sorang-sorang masuk bilik.ayah..masa kecil dulu..kalau mak pergi kursus..bersepah tidur depan tv dengan ayah.aku dan arwah adik tidur sambil peluk baju mak..rindu..masa masuk sekolah rendah..ayah   hantar dan jemput aku dari sekolah..memang tak pernah lewat.cuma naik moto.pernah sekali aku tunggu ayah.ayah lambat.rupa-rupanya moto rosak..ayah tuntun moto ke bengkel.bengkel tutup.ayah tuntun sampai ke rumah..kuatnya ayah..bila dah besar..ayah pesan..jangan kawan rapat dengan lelaki..aku pegang kata-kata tu.aku masuk sekolah menengah.memang tak ramai kawan lelaki yang aku ada.pernah ada yang tunggu luar kelas.bagi surat.mintak nombor.tapi aku diam tak melayan.berkepit dengan novel 24 jam.he.masa tu pembaca tegar novel.pernah sekali ada seorang lelaki telefon.tapi bukan nombor aku.nombor emak.telefon yang abang bagi memang langsung tak guna.malas top up.perhiasan je lah kot.haha.mak tegur baik-baik.'jaga-jaga nanti ayah merajuk'.he.mula dari sekolah menengah baru aku libatkan diri dengan aktiviti koko.dapatlah sedikit anugerah.buat mak ayah bangga sikit.he..kalau dulu ayah cakap jangan bawak kawan-kawan lelaki datang rumah tapi sekarang..ayah cakap, ajakla kawan-kawan datang rumah..kawan-kawan lelaki,kawan-kawan perempuan..mungkin aku dah besar.ayah dah bagi pelepasan dah.kalau dulu zaman sekolah nak hang out,mesti kena ada cik farhana atau si kembar.sekarang,boleh drive sendiri ke mana-mana sahaja..ayah.seorang lelaki yang sentiasa menghulurkan duit..pernah satu ketika aku menangis.berbalas sms dengan ayah.ayah..sorry..na makan kuat..banyak print out paper..selalu hangout..guna duit untuk program..kalau makan satu hari rm10..so na puasa..satu hari makan rm3..tapi hari ni betul-betul dah nak habis.nak mintak ayah..T _ T ayah cakap, puasa tu niat apa? niat nak jimat ka nak dapat pahala.salah dah tu na..makan la makan..niat makan tu sebagai ibadah.sat g dok dalam kelaih lapaq..ayah..sekarang ayah sakit..badan makin susut..dah tak hensem dah.ups :P sorry ayah.ayah..gumawo.moga Allah panjangkan umur dan murahkan rezeki.i need u