Thursday 12 June 2014

HOW TO START A NEW FRESH LIFE

Setiap manusia pasti ada melakukan kesilapan. Bangkit, dan teruskan berjuang! Ini bukan kisah saya. Hanya sekadar perkongsian. :)

1. SENARAIKAN PERKARA-PERKARA YANG ANDA INGIN LAKUKAKAN SELAMA INI YANG      TIDAK PERNAH SEMPAT DILAKUKAN

2. CERIAKAN DIRI ANDA. SENTIASA TERSENYUM :D

3. BERJUMPA DENGAN KAWAN-KAWAN LAMA

4. BRAINWASH DAN GUNAKAN AKAL LOGIK UNTUK MENGHILANGKAN PERASAAN

5. HARGAI DIRI SENDIRI DAN ORANG LAIN

6. MAAFKAN DIRI SENDIRI DAN SEMUA ORANG

7. ELAKKAN BERCERITA TENTANG KISAH LAMPAU. ELAKKAN. JANGAN

8. ELAKKAN BERSENDIRIAN

9. SIBUKKAN DIRI DENGAN AKTIVITI BERFAEDAH

10. DEKATKAN DIRI SENGAN MAJLIS ILMU

Sunday 1 June 2014

Aku punya cita-cita dan impian. Aku punya kegemaran dan kesukaan . Sudikah dikau meralisasikan impian bersamaku? Sudikah dikau berkongsi kegemaran bersamaku? Sudikah?

the story of pensel and kertas

Once upon a time ago, there were two best friends playing together. One is Pensel and one is Kertas. Pensel love to make Kertas happy and laugh. Pensel love to share everything with Kertas. Music, Art and knowledge! Pensel is really brilliant! Pensel help and teack Kertas a lot! - THE END -

Monday 17 February 2014

Doa ringkas selepas solat 


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. 

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman. 

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil. 

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. 

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. 

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka. 

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.