Monday 31 December 2012

f l y t o t h e s k y

and I know there is someone who will never give up on me
Allah . . . 

s o r r y

this little bunny say sorry..she just confused..
but don't worry, she'll not bothering you any more..
 she'll move on.. T _ T

Sunday 30 December 2012

?


sometime me just asking to my self..how they do that?..

t h e h e r o

hey, see.. your hairs.. hide them.. uh? aurm~ tq oppa ♥ :p

✿ men are the protectors and maintainers of women ✿
an-nisa:34

m e m o r y

this is Raisya. she remember me to my late younger sister,Sakinah. she's 20 now. al-fatihah...

c a t & e x a m

kalau rasa penat..take 5 main dengan kucing.tenang fikiran.. :) tapi ada baby lg best..meow~ :p

there are some hadith related to cats

Hadith - Bukhari 3:553, Narrated 'Abdullah bin 'Umar  
Allah's Apostle  said, "A woman was tortured and was put in Hell because of a cat which she had kept locked till it died of hunger." Allah's Apostle further said, "(Allah knows better) Allah said (to the woman), 'You neither fed it nor watered when you locked it up, nor did you set it free to eat the insects of the earth.' "
takot kan.. :(
Hadith - Muslim, Narrated 'Aisha, Ummul Mu'minin  
Dawud ibn Salih ibn Dinar at-Tammar quoted his mother as saying that her mistress sent her with some pudding (harisah) to Aisha who was offering prayer. She made a sign to me to place it down. A cat came and ate some of it, but when Aisha finished her prayer, she ate from the place where the cat had eaten. She stated: The Messenger of Allah said: It is not unclean: it is one of those who go round among you. She added: I saw the Messenger of Allah  performing ablution from the water left over by the cat.
wah.. :D

t a k o t


dalam hidup ni..ada perkara yg buat kita rasa takut..ada seseorang yg buatkan kita rasa takut..takut dikritik..takut dihina..hilang fokus.kita cuba lari..tapi realiti tak dapat bersembunyi..hilangkan rasa takut itu..dengan..yang pertama! katakan so whatever~ :p yang kedua! ada i kesah? :p yang ketiga! jaga perasaan org lain..jgn selalu mengkritik je.down kot.. :( yang keempat! katakan semula.whateverlah~~ :p
 pandang jauh ke laut...

t a n g a n

milik siapakah tangan yang berseni ini? :p <3

Monday 29 October 2012

r e s e r v e d ♥

♥ reserve your heart for your only halal super hero 
cross your heart! cross your heart! (macam dalam filem UP!):P


And among of His signs is that He created for you from yourselves mates that you may find tranquillity in them; and He placed between you affection and mercy. Indeed in that are signs for a people who give thought.[ar-rum:21]

Wednesday 1 February 2012

“MODULE OF PROGRAMME EMAS 2011/2012”



Objectives of ‘……………………..’ Programme
1.         To initiate self-confident in every students .
2.         To encourage the students to perceive a clearer vision about the future.
3.         To uphold and replenish the integrity and morality among students.
4.         To strengthen the ukhuwah between the CFS TWC with community.
5.         To familiarize CFS TWC with the organizing programme that takes place outside of the campus.

My Objectives of ‘………………………’ Programme
            My name is ……………………………………………. As a Facilitator of this programme and this are what I want  and try to reach:-

            1.__________________________________________________________________
            2.__________________________________________________________________
            3.__________________________________________________________________

Signature,                                                                                Witnessed by,

…………………………………………                                                   
 (                                              )                                               (           MY LORD        )
Facilitator,                                                                               He Himself,
……………… Programme.                                              The Most Gracious, Eternal.

DEFINISI & FUNGSI FASILITATOR TWC MUSLIM
Insan yang berakal                                    Beriman kepada Allah
Pemudah cara                                           Memudahkan mesej                          
Pemerhati                                                             Pengawal
Orang Tengah                                           Berfikiran terbuka
Binding-Force                                            Pemberi Maklum Balas
Pakar Rujuk                                               Perumus dan Penamat
Model yang Baik                                       Amar ma’ruf, Nahi mungkar

ETIKA DAN ADAB FASILITATOR MUSLIM
1.                  Membuka sidang LDK dan setiap aktiviti dengan Ummul Kitab Al-Fatihah.
2.                  Sentiasa bersedia dengan apa jua jenis peserta. Jangan buruk sangka.
3.                  Jangan terlalu skema, static dan pasif.
4.                  Menggunakan ‘eye contact’ dengan sebaiknya untuk memerhatikan setiap peserta.
5.                  Mempunyai ‘back up’ aktiviti. (ikut kesesuaian peserta dan objektif program)
6.                  Sentiasa senyum dan tenang.
7.                  Sentiasa bersedia dalam keadaan tidak bersedia.
8.                  Provokasi adalah penting. Biar peserta rasa mereka diperlukan walaupun salah.
9.                  Tiada agenda kedua, ketiga dan sewaktu dengannya.
10.              Berpakaian kemas dan menutup aurat.
11.              No coupling.
12.              Tidak dibenarkan bergambar antara lelaki dan perempuan yang boleh menimbulkan fitnah.
13.              ‘Touching’ penting. Jangan duduk setempat sahaja.
14.              Amalkan teori ‘escapism’, tetapi jangan terlalu kerap (terlupa modul).
15.              Kaitkan setiap perbincangan dengan Al-Quran dan As-Sunnah.
16.              Kedudukan Fesi dan Co. hendaklah menghadap dan duduk dalam bulatan dengan lutut saling bertemu. (lelaki sesama lelaki dan sebaliknya)
17.              Menutup LDK dan aktiviti dengan Tasbih Kafarah, Al-‘Asr dan Istigfar.


LDK 1 (i): (DAY//DATE //YEAR)
 (TA’ARUF,  ICE- BREAKING, MIND-SETTING & GROUP BINDING)
OBJEKTIF:-
Selepas aktiviti ini, peserta akan:
1.         Mengenal ahli kumpulan dengan lebih rapat.
2.         Menyesuaikan diri dalam kumpulan.
3.         Mewujudkan rasa selesa dan mesra serta memecahkan benteng yang menghalang komunikasi antara ahli kumpulan dan fesi.
4.         Memupuk sifat peka dan menghargai antara satu sama lain.
5.         Sentiasa bersedia untuk proses pembelajaran secara langsung dan tidak langsung.

MASS ACTIVITY (TA’ARUF & ICE-BREAKING)
Radas                          : tiada
Durasi                         : 20 minit
Pelaksanaan               : [dikelola oleh PC]
MASS (i): “Bom Pelesit, BOM Kasih Sayang”
1.      PC memulakan bicara dengan surah Al-Fatihah dan mengucap salam pembuka program.     
2.      PC memperkenalkan diri dan sedikit penerangan mengenai program ‘IU’.
3.      Dalam aktiviti ini, PC mengarahkan apabila dia menyebut ‘ Bom Palesit’ semua peserta harus melekatkan diri mereka pada dinding, manakala apabila dia menyebut ‘Bom Kasih Sayang’, semu peserta harus berkumpul ditengah dan peluk semua orang.
4.      PC mengulang beberapa kali.

MASS (ii) : ‘Ice-Breaking’
1.      PC memberi arahan.
2.      PC meminta peserta berkumpul mengikut bulan kelahiran masing-masing dalam 3 saat.
3.      PC memanggil peserta yang tidak berjaya masuk dalam kumpulan bulan kelahirannya ke hadapan untuk berta’aruf.
4.      Seterusnya, PC meminta peserta berkumpul mengikut warna kegemaran/ saiz kasut/huruf pangkal nama masing-masing dalam masa 3 saat juga.
5.      PC ulang langkah 3.
6.      PC dibenarkan menambah kategori mengikut kesesuaian.

AKTIVITI 1: (GROUP BINDING)
‘WHO’S THAT ?’
Radas              :  kertas warna (8 warna berbeza), pita pelekat, marker pen
Durasi                         : 30 minit
Pelaksanaan    : [dikelola oleh PC dan fasilitator ]
1.      Peserta dikehendaki duduk dalam kumpulan masing-masing.
2.      PC akan mengarahkan mereka melantik ketua kumpulan dan penolong (ketua lelaki, penolong perempuan).
3.      Komiti yg bertugas akan mengedarkan sehelai kertas berwarna kepada setiap kumpulan.
4.      Ketika ini, belakang setiap fasi dan co. telah dilekatkan dengan kertas warna yang sama warnanya dengan kumpulan yang akan disertainya..
5.      3 minit diberikan kepada ketua dan penolong ketua kumpulan untuk mencari fesi masing masing.




Notes : 
1.      Fesi dikehendaki berada di sekitar dewan.
2.      Fesi hendaklah memberi respond yang bersesuaian kepada peserta
3.      Pastikan wakil kumpulan yang datang kepada anda merupakan kumpulan yang betul dan menggunakan bahasa yang sopan.
4.      Fesi boleh nak main tarik tali dengan peserta tapi berpada- pada.

Perbincangan  :
1.         Kenapa adik-adik perlu mencari fesi?
2.         Apa yang adik adik dapat selepas aktiviti tadi (who’s that?)
3.         Apakah tujuan peraturan dibuat?
4.         Nyatakan tempat yang tiada peraturan?

Kesimpulan :
1.         Adik-adik perlu sentiasa peka dalam apa jua situasi. Contohnya, masa cikgu mengajar,  adik adik kena sentiasa peka dan focus dalam kelas.
2.         Adik-adik juga kena sentiasa beradab dengan orang lain. Dalam situasi tadi, adik adik kena beradab dengan fesi. Kalau adik adik tak bercakap dengan sopan, tiada siapa akan menolong adik adik. 
3.         Peraturan dibuat untuk mendisiplinkan kita, walau betapa pandainya kita, tapi jika kita tiada disiplin, kita tak akan Berjaya.  Dalam islam sendiri meletakkan peraturan dalam setiap aspek. Walau dalam perkara yang sangat mudah, tetap ada peraturan. Contohnya, makan. Sebelum makan kena basuh tangan. kenapa kena basuh tangan? Sebab takut ada kuman masuk ke dalam perut bila makan. Jika pakai sudu pun, kita tak akan pakai sudu yang kotor.
4.         Kesimpulannya, peraturan dicipta bukan untuk menyusahkan atau menjadi bebanan tetapi untuk menjadikan kita insan yang lebih baik.

AKTIVITI 2 : (TA’ARUF DAN ICE BREAKING)
“TIRU MACAM SAYA”
Radas                    : tiada
Durasi                   : 20 minit
Pelaksanaan         : [dikelola oleh fesi]
1.         Fesi ‘senyum tiga’ dan membaca bismillah.
2.         Fesi membuka majlis dengan Al-Fatihah dan bertanya khabar.
3.         Fesi menyuruh peserta untuk memperkenalkan diri iaitu nama penuh, nama manja di   rumah dan meminta peserta membuat ‘trademark’ masing-masing.
4.         Fesi menyuruh peserta berikutnya untuk meniru ‘trademark’ peserta sebelahnya sebelum dia memperkenalkan diri dan ‘trademark’nya pula.
      Notes :            
1.      Fesi wajib turut serta dan ingat semua nama ahli kumpulan
2.      Fesi harus memainkan peranan dalam memecahkan kebisuan.
3.      Fesi menjadi penggerak kepada janaan idea tetapi sebaiknya keseluruhan idea adalah daripada peserta.
4.      Sekiranya ada penjelasan yang kurang difahami, fesi hendaklah membantu mereka.

AKTIVITI 3: (TA’ARUF DAN ICE BREAKING)
 “ SPIDER WEB”
Radas              : tali rafia
Durasi                         : 25 minit
Pelaksanaan   : [dikelola oleh fesi]
1.         Fesi ‘senyum tiga’ dan membaca bismillah.
2.         Setiap kumpulan akan mendapat 1 gulung tali.
3.         Fesi akan memilih salah seorang ahli kumpulan untuk menjadi orang yang pertama memegang hujung tali tersebut.
4.         Fesi akan bertanya sekurang-kurangnya 3 soalan tentang diri peserta dan setiap soalan tersebut hendaklah dijawab. Setiap satu soalan yang dijawab, peserta hendaklah melilitkan tali tersebut pada tapak tangan.
5.         Kemudian, gulungan tlai tersebut hendaklah diberi kepada peserta yang duduk bertentangan dengan peserta pertama.
6.         Ulang langkah 3 dan 4 hingga peserta terakhir dalam kumpulan.
7.         Peserta dikehendaki berdiri, dan fesi akan mengambil sebuah kotak untuk diletakkan di atas ‘spider web’ tersebut.
8.         Jika kumpulan tadi berjaya melambung kotak tersebut, mereka dikira berjaya menghasilkan ‘spider web’.
Notes :
•          senarai cadangan soalan disediakan
•          Fesi boleh bertanya soalan yang tidak ada dalam senarai tetapi soalan
tersebut tidak boleh menyentuh sensitiviti peserta.


Perbincangan:
1.         Apa yang adik-adik dapat dari 3 aktiviti yang kita buat?
2.         Kenapa kami minta adik adik perkenalkan diri dan trademark masing-masing?
3.         Kalau kita tak buat aktiviti ‘spider web’ tadi, adik adik rasa adik tahu tak tentang kawan adik adik?
4.         Selama ini pernah tak adik-adik terfikir apa pandangan orang lain terhadap adik-adik?
Kesimpulan :
1.         Apabila kita kenal orang di sekeliling kita, suasana muhibbah lebih terasa. Kita akan mudah untuk saling memberi dan menerima. Bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta.
2.         Sebagai Muslim, kita perlu mengenali semua orang. “wahai manusia! Sungguh kami telah jadikan  kamu lelaki dan perempuan, kemudian kami jadikan kamu berbangsa2 dan bersuku2 agar kamu saling mengenal. Sungguh yang paling mulia disisi Allah ialah orag yang paling bertaqwa. Sungguh Allah Maha mengetahui, Maha Teliti.” –Al-Hujurat:3
3.         Walaupun adik adik berkawan dengan kawan adik adik dari darjah 1/ dah lama, tapi belum tentu adik adik dah kenal isi hatinya, apatah lagi orang yang kita baru kenal. Jadi proses taaruf sentiasa wujud, semakin kita kenal kawan kita, semakin kita memahami kawan kita. Persahabatan akan lebih erat dan kita akan saling hormat-menghormati.

LDK 2 : INDOOR SESSION ~ ~ (Sabtu//5 MEI 2012//)



LDK 3: OUTDOOR SESSION ~SUKANEKA~ (Sabtu//5 MEI 2012//)
(KREATIVITI, KEYAKINAN DIRI, KEBERANIAN, KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI & REFLEKSI)
Tempat           : Kawasan Lapang
OBJEKTIF:-
Selepas aktiviti ini, peserta akan  ;
1.      Menjadi lebih berkeyakinan
2.      Lebih tenang dalam menghadapi situasi yang tidak dijangka.
3.      mudah menerima dan mengikut arahan
1.      Menjadi lebih berdisiplin
2.      Persahabatan lebih kukuh.
 AKTIVITI 1 :  “TV ROSAK”
Radas              : kertas
Durasi                         : 15 minit
Pelaksanaan   : [dikelola oleh PC dan Fesi]
1.      PC ‘senyum tiga’ dan membaca bismillah.
2.      PC membuka majlis dengan Al-Fatihah dan bertanya khabar
3.      PC memberi arahan.
4.      Setiap kumpulan dikehendaki membuat satu barisan panjang.
5.      Fesi akan memberikan satu ayat kepada peserta yang terakhir.
6.      Kemudian peserta yang terakhir akan mencuit peserta dihadapannya dan membuat gaya yang mewakili ayat tersebut.
7.      Peserta kedua terakhir akan mengulangi langkah 5 sehingga peserta pertama.
8.      Peserta pertama akan memberitahu PC maksud gaya tersebut.
9.      PC membuat kesimpulan.
                     


Notes :         
1.      Fesi boleh mengacau para peserta.
2.      Ada kiraan mata.

Perbincangan             :
1.      Apa yang adik adik dapat selepas aktiviti tadi?
2.      Adakah adik adik faham apa yang kawan-kawan adik sampaikan?
Kesimpulan                :
1.      Melalui aktiviti tadi, kita boleh lihat jawapan orang yang terakhir berbeza dengan apa yang cuba disampaikan oleh orang yang pertama. Kita boleh lihat setiap orang mempunyai tanggapan yang berbeza. Setiap orang mempunyai sudut pandangan dan pendapat yang berbeza. Oleh itu, kita hendaklah menghormati pendapat orang lain. Dalam masa yang sama, kita juga tidak boleh  percaya dengan sepenuhnya apa yang kita lihat, melainkan kita bertanya dengan orang tersebut.

2.      Kita juga tidak seharusnya menyebarkan sesuatu perkara jika kita tidak pasti kebenaran sesuatu perkara tersebut. Dalam aktiviti tadi,  kita dapat lihat keyakinan adik adik terhadap kawan adik walaupun adik tak tahu perkara yang cuba disampaikan. Malah adik adik juga yakin dengan apa yang adik nak sampaikan. Keyakinan diri adalah amat penting dalam menhadapi apa-apa situasi.

3.      “Allah tidak akan membebankan kita dengan sesuatu yang kita tidak dapat hadapinya” al-Baqarah:286






(DAYA SAING,KERJASAMA & GROUP-BINDING
Tempat           : Kawasan luas
Objektif          :-
1.      Untuk memupuk semangat daya saing secara sihat.
2.      Untuk memupuk sikap kerjasama.
3.      Untuk mengeratkan hubungan antara setiap ahli kumpulan dan fesi.
Pelaksanaan   : [dikekolakan oleh PC dan Fesi]
1.      Peserta akan bermain mengikut kumpulan masing-masing. Salah seorang Fesi bagi setiap kumpulan wajib turut serta.
2.      Ikhtilat antara peserta lelaki dan perempuan hendaklah dipantau.

AKTIVITI 1: CARI GETAH DALAM TEPUNG
Durasi             : 30 minit
Radas              : getah, tepung, penyedut minuman, pinggan/mangkuk
Pelaksanaan :
1.      Peserta dikehendaki membentuk barisan yang panjang mengikut kumpulan.
2.      Setiap peserta akan mendapat 1 penyedut minuman.
3.      Di hadapan peserta pertama akan diletakkan pinggan yang mengandungi tepung dan getah.
4.      Di belakang peserta terakhir akan diletakkan pinggan kosong.
5.      Peserta pertama dikehendaki mencari getah di dalam pinggan berisi tepung menggunakan penyedut minuman yang diletakkan di mulut  dan  memindahkannya ke peserta kedua.
6.      Peserta kedua akan menggunakan penyedut minuman yamg diletakkan di mulut untuk menerima getah dari peserta pertama dan memindahkan getah tersebut kepada peserta berikutnya hinggan peserta terakhir.
7.      Masa yang ditetapkan adalah sebanyak 10 minit.
Nota :
·         proses pemindahan gelang getah hanyalah  melalui penyedut minuman yang diletakkan di mulut.
·         Jika getah tersebut jatuh, peserta boleh mengambil nya tetapi mestilah menggunakan penyedut minuman juga.
·         Fesi dialukan-alukan menjadi pengacau J

AKTIVITI 2 : BOLA PING PONG DALAM SUDU
Durasi             : 15 minit
Radas              : sudu, bola ping pong, baldi
Pelaksanaan :
1.      Peserta akan berada dalam satu barisan yang panjang mengikut kumpulan masing-masing.
2.      Setiap peserta akan mendapat satu sudu yang hendaklah diletakkan di mulut. Dalam permainan ini, peserta dikehendaki memindahkan bola ping pong dari dalam baldi hingga ke peserta terakhir. Kumpulan yang Berjaya habis dulu akan dikira pemenang.
Notes :
-          Fesi perlu peka kumpulan mana yang menang, sebab setiap nombor akan mendapat mata.
-          Fesi bertindak untuk mengalihkan baldi dari tempat mula (selepas peserta pertama Berjaya mengambil bola ping pong) kebahagiaan peserta perempuan.
-          Fesi perlu memberi sokongan kepada kumpulan masing-masing.
-          Fesi dimainta semtiasa bersedia untuk turut serta dalam permainan seandainya peserta tidak mencukupi.




            AKTIVITI 1: Dimanakah Aku??
Radas              : kertas, pen/pensil
Durasi                          : 20 minit
Pelaksanaan    : dikelolakan oleh fesi
1.      Fesi ‘senyum tiga’ dan membuka perbincangan dengan Al-Fatihah.
2.      Fesi meminta setiap peserta mengeluarkan sekeping kertas.
3.      Fesi meminta peserta membahagikan kertas kepada 4 bahagian.
4.      Fesi meminta peserta ‘melukis’ matlamat hidup mereka dalam masa 1 minggu dalam bahagian pertama, 1 bulan pada bahagian kedua, 1 tahun pada bahagian ketiga dan 10 tahun pada bahagian keempat
5.      Fesi memberi masa selama 5 minit untuk melakar matlamat mereka.
6.      Fesi meminta setiap peserta membentangkan matlamat masing-masing.


Perbincangan             :
1.      Apa yang adik - adik dapat dari aktiviti ni?
2.      Kenapa perlu matlamat itu perlu di bentangkan dalam bentuk lukisan?









Kesimpulan                :
1.      Setiap kejayaan yang ingin di perolehi tidak semudah yang disangka. Untuk mendapatkan sesuatu, kadangkala kita perlu mengorbankan  sesuatu. What u give u get back.
2.      Halangan dan cabaran yang dihadapi dalam usaha mencapai matlamat, tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak berjaya. ALLAH tidak suka umatnya lemah.
3.      Pelaksanaan pula harus menekankan aspek kerjasama, istiqamah dan sabar dalam mencapai sesuatu, kita mestilah menpunyai target tertentu untuk mencapai apa yang diinginkan. Apabila target sudah ada, tindakan seterusnya adalah perancangan/perbincangan. Perancangan amat penting bagi memastikan target dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mengelakkan sebarang masalah. Selepas perancangan ialah pelaksanaan.
4.      Persediaan ke arah kegagalan juga penting bagi mengelakkan putus asa dalam usaha mencapai target tersebut. Bersedia dengan sebarang kemungkinan.
5.      Dalam mencapai halatuju, focus 100% juga penting.





AKTIVITI 2: “GOAL BALLOON”
Radas                          : belon
Durasi                         : 30 minit
Pelaksanaan               : dikelolakan oleh fesi
1.      Fesi memberi 1 belon kepada setiap ahli kumpulan.
2.      Fesi mengarahkan peserta meniup belon masing-masing dan melepaskan belon tersebut, dengan syarat belon yang dilepaskan perlulah sampai di tempat yang telah ditetapkan.
3.      Fesi memberi masa selama 15 minit untuk peserta berusaha melepaskan belon masing-masing hingga sampai ke tempat yang ditetapkan itu.
4.       Sesi perbincangan.
Perbincangan             :
1.      Apa yang adik-adik dapat dari aktiviti ini?
2.      Senang tak nak letakkan belon ke tempat yang dituju?
3.      Kenapa masa ditetapkan untuk melepaskan belon tersebut sampai ke ‘point’ akhir?
Kesimpulan                :
1.      Untuk mencapai matlamat hidup, usaha haruslah dilaksanakan sejajar dengan matlamat yang hendak dicapai. Walau apa pun yang terjadi di pertengahan jalan, jangan berputus asa, teruskan usaha untuk mencapai matlamat, tetapi ingat! Matlamat tidak menghalalkan cara.
2.      Sekali kita gagal,  tidak bermakna kita akan terus gagal. Kadang- kadang ALLAH menguji kita dengan kegagalan dahulu kerana DIA ingin memguji tahap kesabaran kita. Ada juga sesetengah orang, ALLAH uji kita dengan kejayaan, itu kerana ALLAH ingin menguji tahap keimanan dan ketakwaan kita padaNYA.
3.      Jangan sesekali kita riak bila kita mendapat kejayaan/pujian, sesungguhnya segala puji-pujian hanya untuk ALLAH.


EXTRA TIME ACTIVITY : “Kicap manis Cap KIPAS Udang”
Radas : kertas dan pen/pensil
Durasi : 10 minit
Pelaksanaan : dikelolakan oleh fesi
1.      Fesi ‘senyum tiga’ dan menbaca bismillah.
2.      Fesi menyuruh peserta melipat kertas A4 masing2 menjadi kipas.
3.      Fesi meminta peserta menulis nama pada kipas masing2.
4.      Fesi menyuruh peserta ‘pass’ kipas masing2 ke arah kanan (rakan sebelah kanan)
5.      Fesi menyuruh peserta menulis tanggapan mereka (sepanjang program)  terhadap tuan punya kipas berdasarkan nama yang telah ditulis.
6.      Ulang no. 3, 4 dan 5 hingga kipas kembali kepada tuan masing2.
7.      Fesi membaca kipas yang ada di tangannya tentang tanggapan ahli kumpulan terhadap dirinya.
8.      Fesi meminta setiap peserta membaca kipas masing-masing.
Perbincangan                         :
1.      Apakah yang adik-adik dapat dari aktiviti ini?



Kesimpulan                :
1.      Pada awal pertemuan kita, pasti setiap orang mempunyai tanggapan masing- masing. Cuba kita fikir-fikir kembali, pasti ada perbezaan antara tanggapan pertama dengan tanggapan kedua. Kadang- kadang, tanggapan pertama tak selalunya betul. Biasanya tanggapan pertama seseorang lebih kepada luaran (fizikan) sahaja. Setelah ‘jambatan hati telah terbina antara menua ahli’, barulah nur itu muncul. Ini adalah kerana, tanggapan setelah seseorang iti setelah berkenalan adalah berlainan. Hal ini kerana “tatkala kita bekerjasama, hati-hati kita kan bersatu”. Biasanya tanggapan setelah berkenalan adalah lebih tepat dan bersifat menbina walaupun dalam bentuk kritikal ataupun pujian.
Sekiranya tanggapan itu tepat, maka bersyukurlah dan doakan agar kita terus berkekalan dalam tanggapan itu. Sekiranya tidak, maka berusahalah untuk berubah. Yang paling penting adalah, kita bersyukur kerana ada kawan yang sudi menegur kita. Firman ALLAH :” kecuali mereka yang berpesan-pesan kepada kebenaran, 
#amirulhakim