Objectives of
‘……………………..’ Programme
1. To initiate
self-confident in every students .
2. To encourage
the students to perceive a clearer vision about the future.
3. To uphold and
replenish the integrity and morality among students.
4. To strengthen
the ukhuwah between the CFS TWC with community.
5. To
familiarize CFS TWC with the organizing programme that takes place outside of
the campus.
My Objectives of ‘………………………’
Programme
My name is ……………………………………………. As a
Facilitator of this programme and this are what I want and try to reach:-
1.__________________________________________________________________
2.__________________________________________________________________
3.__________________________________________________________________
Signature, Witnessed
by,
…………………………………………
( ) ( MY LORD )
Facilitator, He
Himself,
………………
Programme. The Most Gracious, Eternal.
DEFINISI & FUNGSI FASILITATOR TWC
MUSLIM
Insan yang berakal Beriman
kepada Allah
Pemudah cara Memudahkan
mesej
Pemerhati Pengawal
Orang Tengah Berfikiran
terbuka
Binding-Force Pemberi
Maklum Balas
Pakar Rujuk Perumus
dan Penamat
Model yang Baik Amar
ma’ruf, Nahi mungkar
ETIKA DAN ADAB FASILITATOR MUSLIM
1.
Membuka
sidang LDK dan setiap aktiviti dengan Ummul Kitab Al-Fatihah.
2.
Sentiasa
bersedia dengan apa jua jenis peserta. Jangan buruk sangka.
3.
Jangan
terlalu skema, static dan pasif.
4.
Menggunakan
‘eye contact’ dengan sebaiknya untuk memerhatikan setiap peserta.
5.
Mempunyai
‘back up’ aktiviti. (ikut kesesuaian peserta dan objektif program)
6.
Sentiasa
senyum dan tenang.
7.
Sentiasa
bersedia dalam keadaan tidak bersedia.
8.
Provokasi
adalah penting. Biar peserta rasa mereka diperlukan walaupun salah.
9.
Tiada
agenda kedua, ketiga dan sewaktu dengannya.
10.
Berpakaian
kemas dan menutup aurat.
11.
No
coupling.
12.
Tidak
dibenarkan bergambar antara lelaki dan perempuan yang boleh menimbulkan fitnah.
13.
‘Touching’
penting. Jangan duduk setempat sahaja.
14.
Amalkan
teori ‘escapism’, tetapi jangan terlalu kerap (terlupa modul).
15.
Kaitkan
setiap perbincangan dengan Al-Quran dan As-Sunnah.
16.
Kedudukan
Fesi dan Co. hendaklah menghadap dan duduk dalam bulatan dengan lutut saling
bertemu. (lelaki sesama lelaki dan sebaliknya)
17.
Menutup
LDK dan aktiviti dengan Tasbih Kafarah, Al-‘Asr dan Istigfar.
LDK 1 (i): (DAY//DATE //YEAR)
(TA’ARUF,
ICE- BREAKING, MIND-SETTING & GROUP BINDING)
OBJEKTIF:-
Selepas
aktiviti ini, peserta akan:
1. Mengenal ahli
kumpulan dengan lebih rapat.
2. Menyesuaikan
diri dalam kumpulan.
3. Mewujudkan
rasa selesa dan mesra serta memecahkan benteng yang menghalang komunikasi
antara ahli kumpulan dan fesi.
4. Memupuk sifat
peka dan menghargai antara satu sama lain.
5. Sentiasa
bersedia untuk proses pembelajaran secara langsung dan tidak langsung.
MASS ACTIVITY (TA’ARUF &
ICE-BREAKING)
Radas : tiada
Durasi : 20 minit
Pelaksanaan : [dikelola oleh PC]
MASS (i): “Bom Pelesit, BOM Kasih Sayang”
1. PC memulakan bicara dengan surah
Al-Fatihah dan mengucap salam pembuka program.
2. PC memperkenalkan diri dan sedikit
penerangan mengenai program ‘IU’.
3. Dalam aktiviti ini, PC mengarahkan
apabila dia menyebut ‘ Bom Palesit’ semua peserta harus melekatkan diri mereka
pada dinding, manakala apabila dia menyebut ‘Bom Kasih Sayang’, semu peserta
harus berkumpul ditengah dan peluk semua orang.
4. PC mengulang beberapa kali.
MASS (ii) :
‘Ice-Breaking’
1. PC memberi arahan.
2. PC meminta peserta berkumpul mengikut
bulan kelahiran masing-masing dalam 3 saat.
3. PC memanggil peserta yang tidak
berjaya masuk dalam kumpulan bulan kelahirannya ke hadapan untuk berta’aruf.
4. Seterusnya, PC meminta peserta
berkumpul mengikut warna kegemaran/ saiz kasut/huruf pangkal nama masing-masing
dalam masa 3 saat juga.
5. PC ulang langkah 3.
6. PC dibenarkan menambah kategori
mengikut kesesuaian.
AKTIVITI 1: (GROUP BINDING)
‘WHO’S THAT ?’
Radas : kertas warna
(8 warna berbeza), pita pelekat, marker pen
Durasi : 30 minit
Pelaksanaan : [dikelola oleh PC dan fasilitator ]
1. Peserta dikehendaki duduk dalam
kumpulan masing-masing.
2. PC akan mengarahkan mereka melantik
ketua kumpulan dan penolong (ketua lelaki, penolong perempuan).
3. Komiti yg bertugas akan mengedarkan
sehelai kertas berwarna kepada setiap kumpulan.
4. Ketika ini, belakang setiap fasi dan
co. telah dilekatkan dengan kertas warna yang sama warnanya dengan kumpulan
yang akan disertainya..
5. 3 minit diberikan kepada ketua dan
penolong ketua kumpulan untuk mencari fesi masing masing.
Notes :
1.
Fesi dikehendaki berada di sekitar dewan.
2.
Fesi hendaklah memberi respond yang bersesuaian
kepada peserta
3.
Pastikan wakil kumpulan yang datang kepada
anda merupakan kumpulan yang betul dan menggunakan bahasa yang sopan.
4.
Fesi boleh nak main tarik tali dengan peserta
tapi berpada- pada.
Perbincangan :
1. Kenapa
adik-adik perlu mencari fesi?
2. Apa
yang adik adik dapat selepas aktiviti tadi (who’s that?)
3. Apakah
tujuan peraturan dibuat?
4. Nyatakan
tempat yang tiada peraturan?
Kesimpulan :
1. Adik-adik
perlu sentiasa peka dalam apa jua situasi. Contohnya, masa cikgu mengajar, adik adik kena sentiasa peka dan focus dalam
kelas.
2. Adik-adik
juga kena sentiasa beradab dengan orang lain. Dalam situasi tadi, adik adik
kena beradab dengan fesi. Kalau adik adik tak bercakap dengan sopan, tiada
siapa akan menolong adik adik.
3. Peraturan
dibuat untuk mendisiplinkan kita, walau betapa pandainya kita, tapi jika kita
tiada disiplin, kita tak akan Berjaya.
Dalam islam sendiri meletakkan peraturan dalam setiap aspek. Walau dalam
perkara yang sangat mudah, tetap ada peraturan. Contohnya, makan. Sebelum makan
kena basuh tangan. kenapa kena basuh tangan? Sebab takut ada kuman masuk ke
dalam perut bila makan. Jika pakai sudu pun, kita tak akan pakai sudu yang
kotor.
4. Kesimpulannya,
peraturan dicipta bukan untuk menyusahkan atau menjadi bebanan tetapi untuk
menjadikan kita insan yang lebih baik.
AKTIVITI 2 : (TA’ARUF DAN ICE
BREAKING)
“TIRU MACAM SAYA”
Radas : tiada
Durasi : 20 minit
Pelaksanaan : [dikelola oleh fesi]
1. Fesi ‘senyum
tiga’ dan membaca bismillah.
2. Fesi membuka
majlis dengan Al-Fatihah dan bertanya khabar.
3. Fesi
menyuruh peserta untuk memperkenalkan diri iaitu nama penuh, nama manja di rumah dan meminta peserta membuat
‘trademark’ masing-masing.
4. Fesi
menyuruh peserta berikutnya untuk meniru ‘trademark’ peserta sebelahnya sebelum
dia memperkenalkan diri dan ‘trademark’nya pula.
Notes :
1.
Fesi wajib turut serta dan ingat semua nama
ahli kumpulan
2.
Fesi harus memainkan peranan dalam memecahkan
kebisuan.
3.
Fesi menjadi penggerak kepada janaan idea
tetapi sebaiknya keseluruhan idea adalah daripada peserta.
4.
Sekiranya ada penjelasan yang kurang difahami,
fesi hendaklah membantu mereka.
AKTIVITI 3: (TA’ARUF DAN ICE BREAKING)
“ SPIDER WEB”
Radas :
tali rafia
Durasi : 25
minit
Pelaksanaan : [dikelola oleh
fesi]
1. Fesi
‘senyum tiga’ dan membaca bismillah.
2. Setiap
kumpulan akan mendapat 1 gulung tali.
3. Fesi
akan memilih salah seorang ahli kumpulan untuk menjadi orang yang pertama
memegang hujung tali tersebut.
4. Fesi
akan bertanya sekurang-kurangnya 3 soalan tentang diri peserta dan setiap
soalan tersebut hendaklah dijawab. Setiap satu soalan yang dijawab, peserta
hendaklah melilitkan tali tersebut pada tapak tangan.
5. Kemudian,
gulungan tlai tersebut hendaklah diberi kepada peserta yang duduk bertentangan
dengan peserta pertama.
6. Ulang
langkah 3 dan 4 hingga peserta terakhir dalam kumpulan.
7. Peserta
dikehendaki berdiri, dan fesi akan mengambil sebuah kotak untuk diletakkan di
atas ‘spider web’ tersebut.
8. Jika
kumpulan tadi berjaya melambung kotak tersebut, mereka dikira berjaya
menghasilkan ‘spider web’.
Notes
:
• senarai cadangan soalan disediakan
• Fesi
boleh bertanya soalan yang tidak ada dalam senarai tetapi soalan
tersebut
tidak boleh menyentuh sensitiviti peserta.
Perbincangan:
1. Apa yang adik-adik dapat dari 3
aktiviti yang kita buat?
2. Kenapa kami minta adik adik perkenalkan
diri dan trademark masing-masing?
3. Kalau
kita tak buat aktiviti ‘spider web’ tadi, adik adik rasa adik tahu tak tentang
kawan adik adik?
4. Selama
ini pernah tak adik-adik terfikir apa pandangan orang lain terhadap adik-adik?
Kesimpulan :
1. Apabila
kita kenal orang di sekeliling kita, suasana muhibbah lebih terasa. Kita akan
mudah untuk saling memberi dan menerima. Bak kata pepatah tak kenal maka tak
cinta.
2. Sebagai
Muslim, kita perlu mengenali semua orang. “wahai manusia! Sungguh kami telah
jadikan kamu lelaki dan perempuan,
kemudian kami jadikan kamu berbangsa2 dan bersuku2 agar kamu saling mengenal.
Sungguh yang paling mulia disisi Allah ialah orag yang paling bertaqwa. Sungguh
Allah Maha mengetahui, Maha Teliti.” –Al-Hujurat:3
3. Walaupun
adik adik berkawan dengan kawan adik adik dari darjah 1/ dah lama, tapi belum
tentu adik adik dah kenal isi hatinya, apatah lagi orang yang kita baru kenal.
Jadi proses taaruf sentiasa wujud, semakin kita kenal kawan kita, semakin kita
memahami kawan kita. Persahabatan akan lebih erat dan kita akan saling
hormat-menghormati.
LDK 2 : INDOOR SESSION ~ ~ (Sabtu//5 MEI 2012//)
LDK 3: OUTDOOR SESSION ~SUKANEKA~ (Sabtu//5 MEI
2012//)
(KREATIVITI, KEYAKINAN DIRI, KEBERANIAN,
KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI & REFLEKSI)
Tempat :
Kawasan Lapang
OBJEKTIF:-
Selepas aktiviti ini, peserta
akan ;
1. Menjadi lebih berkeyakinan
2. Lebih tenang dalam menghadapi situasi yang
tidak dijangka.
3. mudah menerima dan mengikut arahan
1. Menjadi lebih berdisiplin
2. Persahabatan lebih kukuh.
AKTIVITI 1 : “TV ROSAK”
Radas :
kertas
Durasi : 15 minit
Pelaksanaan :
[dikelola oleh PC dan Fesi]
1. PC ‘senyum tiga’ dan membaca bismillah.
2. PC membuka majlis dengan Al-Fatihah
dan bertanya khabar
3. PC memberi arahan.
4. Setiap kumpulan dikehendaki membuat satu
barisan panjang.
5. Fesi akan memberikan satu ayat kepada peserta
yang terakhir.
6. Kemudian peserta yang terakhir akan mencuit
peserta dihadapannya dan membuat gaya yang mewakili ayat tersebut.
7. Peserta kedua terakhir akan mengulangi langkah
5 sehingga peserta pertama.
8. Peserta pertama akan memberitahu PC maksud
gaya tersebut.
9. PC membuat kesimpulan.
Notes :
1.
Fesi boleh mengacau para peserta.
2.
Ada kiraan mata.
Perbincangan
:
1. Apa
yang adik adik dapat selepas aktiviti tadi?
2. Adakah
adik adik faham apa yang kawan-kawan adik sampaikan?
Kesimpulan
:
1. Melalui
aktiviti tadi, kita boleh lihat jawapan orang yang terakhir berbeza dengan apa
yang cuba disampaikan oleh orang yang pertama. Kita boleh lihat setiap orang
mempunyai tanggapan yang berbeza. Setiap orang mempunyai sudut pandangan dan
pendapat yang berbeza. Oleh itu, kita hendaklah menghormati pendapat orang
lain. Dalam masa yang sama, kita juga tidak boleh percaya dengan sepenuhnya apa yang kita
lihat, melainkan kita bertanya dengan orang tersebut.
2. Kita
juga tidak seharusnya menyebarkan sesuatu perkara jika kita tidak pasti
kebenaran sesuatu perkara tersebut. Dalam aktiviti tadi, kita dapat lihat keyakinan adik adik terhadap
kawan adik walaupun adik tak tahu perkara yang cuba disampaikan. Malah adik
adik juga yakin dengan apa yang adik nak sampaikan. Keyakinan diri adalah amat
penting dalam menhadapi apa-apa situasi.
3. “Allah
tidak akan membebankan kita dengan sesuatu yang kita tidak dapat hadapinya”
al-Baqarah:286
(DAYA SAING,KERJASAMA & GROUP-BINDING
Tempat : Kawasan luas
Objektif :-
1. Untuk memupuk semangat daya saing
secara sihat.
2. Untuk memupuk sikap kerjasama.
3. Untuk mengeratkan hubungan antara
setiap ahli kumpulan dan fesi.
Pelaksanaan : [dikekolakan oleh PC dan Fesi]
1. Peserta akan bermain mengikut
kumpulan masing-masing. Salah seorang Fesi bagi setiap kumpulan wajib turut
serta.
2. Ikhtilat antara peserta lelaki dan
perempuan hendaklah dipantau.
AKTIVITI 1: CARI GETAH DALAM TEPUNG
Durasi :
30 minit
Radas : getah, tepung, penyedut minuman,
pinggan/mangkuk
Pelaksanaan :
1. Peserta dikehendaki membentuk barisan
yang panjang mengikut kumpulan.
2. Setiap peserta akan mendapat 1
penyedut minuman.
3. Di hadapan peserta pertama akan
diletakkan pinggan yang mengandungi tepung dan getah.
4. Di belakang peserta terakhir akan
diletakkan pinggan kosong.
5. Peserta pertama dikehendaki mencari
getah di dalam pinggan berisi tepung menggunakan penyedut minuman yang
diletakkan di mulut dan memindahkannya ke peserta kedua.
6. Peserta kedua akan menggunakan
penyedut minuman yamg diletakkan di mulut untuk menerima getah dari peserta
pertama dan memindahkan getah tersebut kepada peserta berikutnya hinggan
peserta terakhir.
7. Masa yang ditetapkan adalah sebanyak
10 minit.
Nota :
·
proses pemindahan gelang getah
hanyalah melalui penyedut minuman yang
diletakkan di mulut.
·
Jika getah tersebut jatuh, peserta
boleh mengambil nya tetapi mestilah menggunakan penyedut minuman juga.
·
Fesi dialukan-alukan menjadi pengacau
J
AKTIVITI 2 : BOLA PING PONG DALAM SUDU
Durasi :
15 minit
Radas : sudu, bola ping pong, baldi
Pelaksanaan :
1. Peserta akan berada dalam satu
barisan yang panjang mengikut kumpulan masing-masing.
2.
Setiap peserta akan mendapat satu sudu yang hendaklah diletakkan di
mulut. Dalam permainan ini, peserta dikehendaki memindahkan bola ping pong dari
dalam baldi hingga ke peserta terakhir. Kumpulan yang Berjaya habis dulu akan
dikira pemenang.
Notes :
-
Fesi perlu peka kumpulan mana yang
menang, sebab setiap nombor akan mendapat mata.
-
Fesi bertindak untuk mengalihkan
baldi dari tempat mula (selepas peserta pertama Berjaya mengambil bola ping
pong) kebahagiaan peserta perempuan.
-
Fesi perlu memberi sokongan kepada
kumpulan masing-masing.
-
Fesi dimainta semtiasa bersedia untuk
turut serta dalam permainan seandainya peserta tidak mencukupi.
AKTIVITI 1: Dimanakah Aku??
Radas : kertas, pen/pensil
Durasi : 20
minit
Pelaksanaan : dikelolakan
oleh fesi
1. Fesi
‘senyum tiga’ dan membuka perbincangan dengan Al-Fatihah.
2. Fesi
meminta setiap peserta mengeluarkan sekeping kertas.
3. Fesi
meminta peserta membahagikan kertas kepada 4 bahagian.
4. Fesi
meminta peserta ‘melukis’ matlamat hidup mereka dalam masa 1 minggu dalam
bahagian pertama, 1 bulan pada bahagian kedua, 1 tahun pada bahagian ketiga dan
10 tahun pada bahagian keempat
5. Fesi
memberi masa selama 5 minit untuk melakar matlamat mereka.
6. Fesi
meminta setiap peserta membentangkan matlamat masing-masing.
Perbincangan :
1. Apa
yang adik - adik dapat dari aktiviti ni?
2. Kenapa
perlu matlamat itu perlu di bentangkan dalam bentuk lukisan?
Kesimpulan :
1. Setiap kejayaan yang ingin di perolehi tidak
semudah yang disangka. Untuk mendapatkan sesuatu, kadangkala kita perlu
mengorbankan sesuatu. What u give u get
back.
2. Halangan dan cabaran yang dihadapi dalam usaha
mencapai matlamat, tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak berjaya. ALLAH
tidak suka umatnya lemah.
3. Pelaksanaan pula harus menekankan aspek
kerjasama, istiqamah dan sabar dalam mencapai sesuatu, kita mestilah menpunyai target tertentu untuk mencapai apa yang
diinginkan. Apabila target sudah ada, tindakan seterusnya adalah perancangan/perbincangan. Perancangan
amat penting bagi memastikan target dapat dilaksanakan dengan jayanya dan
mengelakkan sebarang masalah. Selepas perancangan ialah pelaksanaan.
4. Persediaan ke arah kegagalan juga penting bagi
mengelakkan putus asa dalam usaha mencapai target tersebut. Bersedia dengan
sebarang kemungkinan.
5. Dalam mencapai halatuju, focus 100% juga
penting.
AKTIVITI 2: “GOAL BALLOON”
Radas : belon
Durasi
: 30 minit
Pelaksanaan :
dikelolakan oleh fesi
1. Fesi
memberi 1 belon kepada setiap ahli kumpulan.
2. Fesi
mengarahkan peserta meniup belon masing-masing dan melepaskan belon tersebut,
dengan syarat belon yang dilepaskan perlulah sampai di tempat yang telah
ditetapkan.
3. Fesi
memberi masa selama 15 minit untuk peserta berusaha melepaskan belon
masing-masing hingga sampai ke tempat yang ditetapkan itu.
4. Sesi perbincangan.
Perbincangan :
1. Apa
yang adik-adik dapat dari aktiviti ini?
2. Senang
tak nak letakkan belon ke tempat yang dituju?
3. Kenapa
masa ditetapkan untuk melepaskan belon tersebut sampai ke ‘point’ akhir?
Kesimpulan
:
1. Untuk
mencapai matlamat hidup, usaha haruslah dilaksanakan sejajar dengan matlamat
yang hendak dicapai. Walau apa pun yang terjadi di pertengahan jalan, jangan
berputus asa, teruskan usaha untuk mencapai matlamat, tetapi ingat! Matlamat
tidak menghalalkan cara.
2. Sekali
kita gagal, tidak bermakna kita akan
terus gagal. Kadang- kadang ALLAH menguji kita dengan kegagalan dahulu kerana
DIA ingin memguji tahap kesabaran kita. Ada juga sesetengah orang, ALLAH uji
kita dengan kejayaan, itu kerana ALLAH ingin menguji tahap keimanan dan
ketakwaan kita padaNYA.
3. Jangan
sesekali kita riak bila kita mendapat kejayaan/pujian, sesungguhnya segala
puji-pujian hanya untuk ALLAH.
EXTRA TIME ACTIVITY : “Kicap manis Cap KIPAS Udang”
Radas : kertas dan
pen/pensil
Durasi : 10 minit
Pelaksanaan : dikelolakan oleh
fesi
1. Fesi ‘senyum tiga’ dan menbaca bismillah.
2. Fesi
menyuruh peserta melipat kertas A4 masing2 menjadi kipas.
3. Fesi
meminta peserta menulis nama pada kipas masing2.
4. Fesi
menyuruh peserta ‘pass’ kipas masing2 ke arah kanan (rakan sebelah kanan)
5. Fesi
menyuruh peserta menulis tanggapan mereka (sepanjang program) terhadap tuan punya kipas berdasarkan nama
yang telah ditulis.
6. Ulang
no. 3, 4 dan 5 hingga kipas kembali kepada tuan masing2.
7. Fesi
membaca kipas yang ada di tangannya tentang tanggapan ahli kumpulan terhadap
dirinya.
8. Fesi
meminta setiap peserta membaca kipas masing-masing.
Perbincangan
:
1. Apakah
yang adik-adik dapat dari aktiviti ini?
Kesimpulan
:
1. Pada
awal pertemuan kita, pasti setiap orang mempunyai tanggapan masing- masing.
Cuba kita fikir-fikir kembali, pasti ada perbezaan antara tanggapan pertama
dengan tanggapan kedua. Kadang- kadang, tanggapan pertama tak selalunya betul.
Biasanya tanggapan pertama seseorang lebih kepada luaran (fizikan) sahaja.
Setelah ‘jambatan hati telah terbina antara menua ahli’, barulah nur itu
muncul. Ini adalah kerana, tanggapan setelah seseorang iti setelah berkenalan
adalah berlainan. Hal ini kerana “tatkala kita bekerjasama, hati-hati kita kan
bersatu”. Biasanya tanggapan setelah berkenalan adalah lebih tepat dan bersifat
menbina walaupun dalam bentuk kritikal ataupun pujian.
Sekiranya
tanggapan itu tepat, maka bersyukurlah dan doakan agar kita terus berkekalan
dalam tanggapan itu. Sekiranya tidak, maka berusahalah untuk berubah. Yang
paling penting adalah, kita bersyukur kerana ada kawan yang sudi menegur kita.
Firman ALLAH :” kecuali mereka yang berpesan-pesan kepada kebenaran, #amirulhakim